Terma dan Syarat Pembayaran Cukai Tanah

1.
Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat adalah tepat.
2.
Semakan hakmilik boleh dibuat dengan menggunakan Carian melalui No. Daftar Hakmilik
Contoh No. Hakmilik: 060201HSD00006666
3.
Sila pastikan anda menutup/Disable Popup Blocker pada pelayan web (web browser) anda sebelum membuat pembayaran.
Sila ikut arahan pada skrin transaksi sehingga proses pembayaran selesai dan resit bayaran dipaparkan.
Pihak PTG tidak bertanggungjawab sekiranya skrin resit dan skrin pengesahan transaksi tidak dapat dipaparkan akibat masalah popup blocker di browser anda.
4.
Sila jangan tutup "pop-up page" yang dipaparkan semasa transaksi FPX dijalankan supaya transaksi dapat dilaksanakan dengan berjaya.
5.
Sila cetak atau simpan(save) resit transaksi bayaran. Resit ini adalah sah dan boleh digunakan sebagai bukti pembayaran.
6.
Tempoh kemaskini pembayaran adalah selama 3 hari bekerja (Jika tiada masalah berkaitan teknikal sistem).
7.
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulangi cetakan resit sila ke kaunter Unit Hasil Pejabat Tanah Daerah
yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kali cetakan.
8.
Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui FPX adalah 24 jam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am, namun bergantung kepada servis perbankan internet yang dipilih oleh pembayar
9.
Had maksima pembayaran melalui FPX adalah tidak melebihi RM30,000.00 bagi satu transaksi.
10.
Segala pembayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan.
11.
Sebarang masalah sila hubungi PTG Negeri Pahang di talian 09-5712600 atau email ke ptgphg@pahang.gov.my.
12.
Sila jelaskan cukai tanah pada atau sebelum 31 Mei. Denda lewat akan dikenakan mulai 1 Jun setiap tahun.
13.
Sebagai alternatif, anda boleh mengemukakan aduan kepada  BIRO PENGADUAN AWAM sekiranya tidak berpuashati dengan penyelesaian aduan oleh Jabatan ini.


Saya bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan diatas